Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

169) PERLAKSANAAN FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) DALAM SETIAP PEMBANGUNAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan menetapkan untuk melaksanakan FGD dalam setiap pembangunan yang akan dilaksanakan, terutama yang melibatkan yang berhampiran perumahan?

    Yang Berhormat sekalian, untuk makluman di dalam setiap penyediaan Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas atau kajian – kajian lain yang berkaitan adalah keperluan dalam melaksanakan program Publisiti Draf Rancangan Tempatan/ Rancangan Kawasan Khas iaitu untuk memaklumkan kepada orang awam dan pemegang taruh berkaitan penyediaan, matlamat dan kandungan Draf Rancangan Tempatan/ Rancangan Kawasan Khas. Program ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas berhubung dengan isu-isu semasa, cadangan dan bantahan dalam tempoh representasi supaya perkara yang dicadangkan dapat dimasukkan dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan/ Rancangan Kawasan Khas.

     

    Kaedah hebahan pelaksanaan program publisiti dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan di dalam Manual Rancangan Tempatan Edisi 2022 di mana salah satu kaedah adalah dengan pelaksanaan program Focus Group Discussion (FGD). Pelaksanaan FGD bagi tujuan rundingan komuniti ini diperlukan membolehkan komuniti setempat yang terkesan dengan cadangan projek pembangunan yang dilaksanakan untuk berdiskusi dan menyampaikan pandangan dan maklumbalas.

     

    Maklumbalas pemegang taruh adalah amat diperlukan terutama bagi kawasan-kawasan yang mempunyai cadangan projek -projek mega dan berimpak tinggi seperti cadangan projek pembangunan infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link (ECRL)), cadangan Projek Lebuhraya KL-Node dan cadangan Projek Waste-To-Energy Sultan Idris Shah (SIS).

     

    Selain itu, penglibatan komuniti dan pihak berkepentingan juga dilibatkan  semasa penyediaan laporan Social Impact Assessment (SIA) sepertimana yang terkandung dalam Manual Penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi Projek Pembangunan Edisi Ke-2 (2018).

  2. Bilakah kali terakhir kajian traffic impact analysis (TIA) di kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya dilaksanakan? Adakah keputusan TIA masih positif dan PBT masih meluluskan pembangunan baharu?

    Analisis Impak Trafik yang terkini yang telah dilaksanakan di kawasan Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya adalah seperti berikut:

     

    Analisis Impak Trafik (TIA) adalah kajian yang dijalankan bagi tujuan mengenalpasti kesan aliran trafik keadaan semasa dan masa hadapan untuk permohonan pembangunan di sesuatu kawasan. Analisis ini sangat penting bagi membolehkan jaringan pengangkutan yang bakal disediakan adalah mampu untuk menampung keperluan pengguna jalan raya untuk suatu tempoh yang panjang.

     

    Mengikut prosedur semasa bagi tujuan permohonan pembangunan, pemaju terlebih dahulu perlu menyediakan TIA khusus dan dibuat penilaian oleh jawatankuasa teknikal yang dibentuk sebelum dibenarkan mengemukakan permohonan ke Unit OSC, setiap PBT termasuk di MBSA, MBPJ dan MBSJ  Kelulusan pembangunan diberikan berpandukan pelan induk tersebut dan tertakluk kepada cadangan pembaikan Level Of Service (LOS) sedia ada oleh pemaju. Mesyuarat Teknikal Kajian Kesan Lalulintas bagi penilaian Laporan Kajian Kesan Lalulintas (TIA) bagi sesuatu pembangunan akan diadakan sebulan sekali atau bergantung kepada kekerapan permohonan Kebenaran Merancang (KM) oleh pemaju. Tempoh sah laku bagi laporan kajian kesan lalulintas (TIA) adalah selama dua tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.