Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

156) RUMAH WARGA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rumah jagaan warga emas berdaftar di Negeri Selangor berdasarkan daerah?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor menguruskan pendaftaran warga emas melalui Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994. Dalam pelaksanaan Akta ini telah menetapkan keperluan sokongan daripada agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan BOMBA sebelum sebarang perakuan pendaftaran dikeluarkan.

     

    Bilangan pusat jagaan yang berdaftar dan beroperasi di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] berjumlah 95 buah melibatkan 22 pusat jagaan di bawah kendalian pertubuhan NGO dan 73 adalah di bawah kendalian swasta dan persendirian. Perincian rumah jagaan warga emas berdaftar di Negeri Selangor berdasarkan daerah adalah seperti di bawah:

     

    Bil Daerah

    Pertubuhan/ NGO

    Swasta/ Persendirian

    Jumlah Besar
    Harian Berkediaman Jumlah Harian Berkediaman Jumlah
    1  Gombak

    4

    4  –

    5

    5 9
    2  Petaling

    2

    2 2

    28

    28 30
    3  Hulu Langat  –

    7

    7  –

    13

    13 20
    4  Klang

    5

    5 7 7

    12

    5  Subang Jaya  –

    3

    3

     –

    16

    16

    19

    6  Shah Alam

    1

    1  –  2 0

    1

    7  Sepang

    0 1 1

    1

    8  Kuala Langat  –

     –

    0  – 0

    0

    9  Kuala  Selangor

    0

    0

    0

    10  Hulu Selangor  –

    0

    1 1

    1

    11  Sabak Bernam  –  –

    0

     –  – 0

    0

    JUMLAH

    0

    22

    22 2 71 73

    95

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memantau rumah warga emas yang tidak berdaftar?

    JKM melaksanakan tindakan pemutihan ke atas pusat-pusat jagaan yang tidak berdaftar melalui operasi yang dilaksanakan pasukan petugas khas di peringkat daerah yang melibatkan JKM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Kesihatan Daerah, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Bomba dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Sebanyak 100 pusat jagaan warga emas tidak berdaftar telah disemak dari Januari hingga Oktober 2023. Sejumlah 11 pusat jagaan telah berjaya didaftarkan, manakala sejumlah 28 telah henti operasi dan ditutup, 52 notis peringatan , 7 dalam proses pendakwaan.

  3. Apakah inisiatif yang dilakukan bagi memastikan warga emas menjalani kehidupan yang sihat, aktif dan berkualiti?

    Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilakukan bagi memastikan warga emas menjalani kehidupan yang sihat, aktif dan berkualiti. Di antara inisiatif iaitu melalui program yang dijalankan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Ketika ini terdapat 17 buah PAWE di Negeri Selangor sebagai tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas.

    Pelbagai aktiviti / program disediakan di PAWE seperti program keagamaan, program rekreasi, program terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan, latihan atau kursus yang bersesuaian. Semua program ini dijalankan adalah supaya warga emas dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, aktif dan berkualiti.

    Sambutan hari warga emas peringkat negeri Selangor juga sebagai usaha advokasi dan ke arah warga emas menjadi sihat, aktif dan produktif.

Lampiran

Tiada Lampiran.