Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
144) PEMBINAAN DAN BAIK PULIH JALAN-JALAN SEKITAR KAWASAN TERATAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah belanjawan yang diperuntukkan untuk membaikpulih dan menyelenggara jalan-jalan besar di dalam kawasan Teratai?
Peruntukan yang telah diperuntukkan di kawasan Teratai adalah seperti berikut:
Bil Skop Kerja Tahun Tajuk Kerja Kos (RM) 1. Sebutharga MARRIS 2023 Kerja membaikpulih permukaan jalan secara Mill And Pave serta kerja berkaitan di KM 0.5 – KM 1.5 Jalan Teratai ½ 335,734.00 2 Kerja membaikpulih permukaan jalan secara Mill And Pave serta kerja lain berkaitan di KM 0.98 Bulatan Mawar Jalan Kuari Cheras Baru 350,000.00 Jumlah Keseluruhan 685,734.00 -
Apakah cara yang diambil oleh pihak berkuasa untuk untuk menurap jalan-jalan di sekitar Teratai supaya jalan yang diselenggara tidak mudah rosak?
Tindakan oleh pihak JKR Selangor dalam menyelenggara jalan adalah berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibupejabat JKR Malaysia. Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut;
- Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
- Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
- Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.