Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
141) MANIFESTO KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Butirkan siapakah yang bertanggungjawap untuk setiap perkara dalam manifesto dalam Pilihanraya baru-baru ini?
Manifesto yang dilancarkan oleh Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Negeri Selangor yang berlangsung pada Ogos 2023, iaitu 5 Tekad 5 Tahun, telahpun mula dilaksanakan. Secara keseluruhan, tanggungjawab penelitian dan pelaksanaan adalah melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negeri diikuti dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pelaksanaan bagi setiap program melibatkan agensi berkait termasuk seperti anakanak syarikat, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Tanah dan Galian, sektor swasta, serta komuniti secara amnya.