Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

138) SUKAN DAN BELIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi golongan belia di Negeri Selangor untuk menceburi bidang sukan?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong semua kehendak dan keperluan golongan belia untuk menjalankan sebarang aktiviti sukan mengikut minat masing-masing. Kerajaan sentiasa bersedia dan telah memperuntukkan sejumlah kewangan dalam membaik pulih dan menaik taraf semua infrastruktur sukan yang terdapat diseluruh Negeri Selangor. Ini bagi membolehkan golongan belia dapat menjalankan semua aktiviti sukan dengan lebih sempurna dan selamat. Pelbagai program yang dijalankan oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS) sebagai salah satu platform untuk golongan belia melibatkan diri di dalam aktiviti seperti penganjuran kejohanan sukan dan pengenalan kursus melibatkan sukan dari skala kecil peringkat zon daerah sehingga ke peringkat negeri.

     

    Selain itu, untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia dalam menceburi sukan lebih serius, Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa membuat program mencungkil bakat baru sukan dalam memberi ruang kepada belia yang terpilih. Ianya melibatkan program latihan yang komprehensif dan sempurna bagi mengetengahkan bakat mereka  keperingkat yang lebih tinggi apabila terpilih mewakili negeri Selangor dengan memperuntukan peruntukan bagi persediaan latihan dan kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa.

  2. Berapakah Peruntukan disediakan bagi program NGO yang berkaitan dengan sukan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan kepada NGO bagi menjalankan sebarang aktiviti sukan melalui pelbagai cabang antaranya melalui stanco belia dan sukan menerusi program kolaberasi bersama NGO sebanyak RM 200,000.00 dan di bawah Program Penggerak Belia Selangor sebanyak RM 1.4 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.