Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
118) PENGLIBATAN AGENSI – AGENSI BERSAMA ADUN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon cadangan penglibatan ADUN bersama program - program bersama agensi - agensi bagi memperkasakan hubungan antara dua pihak.
Secara amnya, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran ini berpegang kepada prinsip untuk melibatkan para Ahli Dewan Negeri yang mempunyai tekad yang sama dalam program-program Kerajaan Negeri sebagai langkah bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara agensi dan wakil rakyat tetapi meluaskan jaringan di peringkat komuniti di kawasan-kawasan berkenaan. Proses ini telahpun dilaksanakan.