Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
115) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat melaksanakan pembayaran Bas Smart Selangor bagi warga asing supaya dapat menggunakan e wallet?
Kerajaan Negeri bersetuju mengenakan kadar bayaran tambang untuk bukan warganegara bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor dengan kadar tetap sebanyak RM0.90 selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 34/2020 pada 30 September 2020 dan disahkan oleh MMKN Ke 35/2020 pada 7 Oktober 2020. Keputusan Kerajaan Negeri ini adalah selaras dengan pematuhan terhadap panduan penetapan harga tambang yang telah digariskan Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Bilangan 8 Tahun 2009 oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi kaedah pembayaran yang disediakan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pembayaran tanpa tunai iaitu melalui Sistem Scan-to-Ride dalam penggunaan aplikasi CEPat (Citizen E-Payment) yang mewajibkan penumpang bukan warganegara untuk membuat bayaran menggunakan e-wallet atau bayaran secara tanpa tunai.