Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
111) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah masjid dan surau di Selangor yang telah berdaftar dan tidak berdaftar bawah JAIS.
Bilangan masjid dan surau berdaftar adalah seperti berikut :
Bil Kategori
Masjid
1. Masjid
438
2. Surau
2113
3. Musolla
418
Tiada kes masjid tidak berdaftar di Negeri Selangor. Sekiranya wujud hanya berlaku pada surau-surau yang sangat kecil bilangannya khususnya surau yang dibangunkan oleh pihak pemaju yang belum diserahkan kepada penduduk dan seterusnya penduduk akan berhubung dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mendaftarkan surau dan memberi lantikan kepada jawatankuasa surau berkenaan.
-
Adakah kerajaan dapat membantu untuk mendaftar surau/masjid yang tidak berdaftar?
Ya, penduduk atau ahli kariah surau/masjid berkaitan perlu melengkapkan dokumen permohonan dan menyerahkan permohonan tersebut kepada JAIS untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) untuk dipertimbang dan dibuat keputusan.