Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
107) LAMPU ISYARAT JALAN KIM CHUAN/JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Persekutuan akan menukar semua kabel lampu isyarat yang telah rosak di simpang-simpang Jalan Batu Unjur dan Jalan Kim Chuan yang sering berlaku kerosakkan pada tahun 2024?
JKR telah mengambil maklum tentang kerosakan kabel dan komponen lampu isyarat di empat (4) persimpangan lampu isyarat sepanjang Jalan Kim Chuan / Jalan Batu Unjur. Permohonan peruntukan pembaikan sebanyak RM 400,000.00 telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya pada tahun 2022.
Pihak JKR telah menerima peruntukan pembaikan pada Februari 2023 untuk satu (1) persimpangan lampu isyarat iaitu di Jalan Batu Unjur – Simpang Jalan Mesra Pandamaran (KLG-19) sebanyak RM 50,000.00 dan telah siap dilaksana pada Mei 2023.
Pihak JKR telah memajukan permohonan baki kerja sebanyak RM 350,000.00 kepada Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan pada tahun 2024 dan menunggu kelulusan permohonan tersebut.