Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

106) PROJEK SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek Selangor Penyayang fasa 1 bagi DUN Pandamaran.

    Bagi DUN Pandamaran, 14 projek dengan kos sebanyak RM500,000.00 telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang Fasa 1 Tahun 2023.

     

    Senarai projek adalah seperti berikut:

     

    BIL

    TAJUK PROJEK

    KOS PROJEK (RM)

    1. Kerja-kerja menurap semula jalan di kawasan meletak kenderaan di klinik kesihatan pandamaran, persiaran raja muda musa, pelabuhan klang.

    50,000.00

    2. Kerja-kerja menurap semula jalan di kawasan laluan masuk di sekolah kebangsaan St. Anne’s convent pelabuhan klang.

    50,000.00

    3. Kerja-kerja membuka dan memasang baru bumbung jenis ‘metal deck‘ di dewan komuniti kg baru pandamaran, pelabuhan klang.

    50,000.00

    4. Kerja-kerja menaiktaraf pentas dewan di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Klang.

    40,000.00

    5. Kerja-kerja menurap jalan di kawasan meletak kenderaan di Surau Darul Taqwa, Kg Telok Gadong.

    20,000.00

    6. Kerja-kerja menurap semula jalan di lorong lot 6405 (Lorong Hj Manap) dan lorong susur Masjid Nurul Iman Serta Lorong Tbg 324 Jalan Sg Bertik, Kg Telok Gadong.

    20,000.00

    7. Kerja-kerja menurap semula jalan di lot 6094 Jalan Sg. Bertik, Kg Telok Gadong.

    40,000.00

    8. Kerja-kerja menurap semula jalan di lot 2446 (Jalan Mohd Yamin) dan lot 1144a (Persiaran Raja Muda Musa Telok Gadong Besar).

    30,000.00

    9. Kerja-kerja membaikpulih tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang.

    20,000.00

    10. Membekal dan memasang ‘partition‘ dan meja (workstation) serta kerja berkaitan untuk bilik guru di Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS).

    50,000.00

    11. Membekal dan memasang penghawa dingin untuk Sekolah Kebangsaan Klang.

    20,000.00

    12. Membekal peralatan pejabat, sekolah dan memasang karpet di madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Muslimin (Matadam).

    40,000.00

    13. Membekal peralatan pejabat dan memasang penghawa dingin di balai MPKK Kampung Telok Gadong, Klang.

    20,000.00

    14. Kerja-kerja menurap semula jalan di Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang.

    50,000.00

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan projek Selangor Penyayang bagi tahun 2024?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung pelaksanaan Projek Selangor Penyayang pada tahun 2022 serta 2023 yang menerima sambutan baik dan cadangan untuk meneruskan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang pada tahun 2024. Kerajaan Negeri juga akan mengambilkira pandangan dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang Tahun 2024 yang melibatkan skop projek dan kesan serta impaknya kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.