Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
96) BANJIR KILAT KAWASAN BANDAR BARU KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk projek tersebut?
-
Bagaimana ia akan dilaksanakan terutamanya di Sungai Puloh?
Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sentiasa melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Puloh iaitu sebanyak enam (6) pusingan setahun merangkumi tiga (3) pusingan menggunakan jentera dan tiga (3) pusingan lagi adalah kerja pemotongan rumput.
Namun begitu, bagi mengatasi masalah banjir kilat di Bandar Baru Klang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam pelaksanaan reka bentuk terperinci oleh pihak perunding bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Batu Enam Sementa untuk menaiktaraf sungai yang dijangka siap pada penghujung tahun 2023. Antara skop kerja utama projek ini adalah menaiktaraf Sungai Puloh, pembinaan jambatan baru serta pembinaan pintu air.
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Status 1. Projek Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa, Daerah Klang a) Menaiktaraf sungai b) Menaiktaraf jambatan
c) Menaiktaraf outlet structure
15 juta Peringkat Reka Bentuk Terperinci – Draft Final Report Jangkaan Tender Pada Sukuan Pertama Tahun 2024
Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kapar Besar dan Sungai Kapar Kecil dengan kos berjumlah RM220,000,000.00 di bawah Rancangan Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT). Projek tersebut dilaksanakan secara reka dan bina dan kini dalam proses perolehan untuk pelantikan kontraktor. Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir dengan tahap perlindungan banjir sehingga 200 Average Recurrence Interval (ARI) di Lembangan Sungai Kapar Kecil, Lembangan Sungai Kapar Besar dan Lembangan Sungai Puloh.
-
Bilakan projek akan bermula & siap?