Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
94) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan berhasrat menambah PAWE mengikut DUN supaya bukannya setiap Parlimen satu sahaja?
Kerajaan masih mengekalkan konsep penubuhan 1 Parlimen 1 PAWE di 222 kawasan parlimen, seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11) 2016 – 2020: Strategi B5 – Meningkat Kualiti Hidup dan Persekitaran Warga Emas. Usaha ini diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-12) 2021 – 2025, Pelan Strategik JKM 2021-2025 dan Pelan Strategik KPWKM 2021 – 2025.
Sejajar dengan perubahan masa, Kerajaan percaya peri pentingnya untuk penubuhan PAWE diperluaskan ke peringkat akar umbi bagi memenuhi keperluan warga emas setempat demi meningkatkan kesejahteraan hidup dan menyokong usaha-usaha ke arah Negara menua menjelang 2030. Sehubungan itu, pada 22 Jun 2023 Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Ekonomi untuk mendapat kelulusan Notice of Change (NOC) berkaitan perubahan skop ini.
-
Apakah usaha kerajaan menjaga warga emas selain daripada SMUE?
Selain daripada SMUE, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:
- Bantuan Am
- Bantuan Warga Emas
- Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar
- Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)
- Kemasukan ke institusi warga emas seperti Rumah Seri Kenangan Cheras dan Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu
MAKLUMAT TAMBAHAN
SENARAI BANTUAN KEBAJIKAN
BIL. JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN NEGERI 1. Bantuan Am RM200.00 RM250.00
RM300.00
BANTUAN PERSEKUTUAN 2. Bantuan Warga Emas (WE) RM350.00 3. Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar/OKU Terlantar Pesakit Kronik (BPT) RM350.00