Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
93) PROGRAM MESRA SUNGAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program-program sedia ada JPS untuk mendidik rakyat kepentingan sungai dan cara-cara memelihara sungai?
Soalan (a) dan (b) dijawab secara bersekali.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sentiasa mencari inisiatif mengadakan program kesedaran kepentingan memelihara sungai kepada orang awam di dalam program-program yang dianjurkan seperti Sambutan Hari Sungai Sedunia, Hari Air Sedunia (HAS), program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), pelaksanaan projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan juga sentiasa memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai penglibatan orang awam dalam memastikan penyebaran kesedaran memelihara sungai ini dapat diperluaskan.
JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling sentiasa terbuka untuk menerima kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjalankan program di kawasan rizab sungai. Antara program yang telah dilaksanakan oleh JPS Daerah Petaling bersama komuniti adalah seperti berikut:-
Bil. Program
Agensi
1. Program Penanaman Pokok dan Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Kolam KT19, Puncak Jalil, Seri Kembangan pada 17 Jun 2023
· JPS Daerah Petaling
· Penduduk PUJ 7
2. Program Rivertown Revival – Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) pada 29 Oktober 2022
· Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
· JPS Daerah Petaling
3. Program Global environment Centre (GEC) bersama Kilang Dutch Lady dan penduduk Seksyen 19, Petaling Jaya menjalani aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) dan Aktiviti Pendidikan Kelestarian Sungai Penchala pada 16 Oktober 2022
· Global environment Centre (GEC)
· Dutch Lady Milk Industries Bhd.
· JPS Derah Petaling
4. Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Pusat Informasi Sungai Penchala, Petaling Jaya pada 1 Oktober 2022
· Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)
· Jabatan Meteorologi (Met) Malaysia
· JPS Daerah Petaling
5. Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Negeri Selangor pada 17 September 2022
· JPS Malaysia
· Pejabat Menteri Besar
· Pejabat SUK Negeri Selangor
· Semua ADUN
· UWM
· Taylor’s University
· Kolej Felda
6. Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Kolam Takungan Subang Bestari U5 dan sepanjang Jalan Persiaran Atmosfera pada 30 Ogos 2022
· JPS Daerah Petaling
· JPS Negeri Selangor
· Pejabat Daerah Petaling
-
Bagaimanakah pihak NGO atau pusat khidmat masyarakat DUN bekerjasama dengan JPS untuk mengadakan lebih banyak program mesra sungai?