Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
68) SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang ditubuhkan Kerajaan Pusat untuk mengumpul maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam pelaksanaan program bantuan dan subsidi di peringkat negeri?
Sepertimana Yang Berhormat Lembah Jaya sedia maklum, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan satu sistem yang berupaya untuk menyediakan gabungan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah di negara ini. Tujuan ianya dibangunkan adalah untuk menyelaras pengumpulan maklumat secara berpusat, bersepadu dan senada serta memperkemas pelaksanaan pemberian bantuan kerajaan dalam menyalurkan data secara terperinci mengenai bantuan yang diterima oleh rakyat.
Justeru itu, sistem yang diterajui oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini telah mula dibangunkan sejak bulan Mei yang lalu dan kini ianya sudah mencapai 60 peratus dan Kerajaan Pusat merancang untuk meluncurkan dan merasmikan sistem ini pada Januari 2024.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor tiada halangan untuk menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sekiranya diberi akses untuk menggunakan sistem ini bersama-sama.