Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
50) KOS GUAMAN PROSES PINDAH HAK MILIK HARTANAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat pembeli rumah yang telah melunaskan pinjaman perumahan mereka dengan pihak bank. Namun dalam proses untuk dapatkan geran, mereka diwajibkan oleh Pejabat Tanah untuk menggunakan khidmat peguam dengan kadar bayaran yang tinggi. Bolehkan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) memudahkan proses agar pembeli tidak perlu mendapatkan khidmat peguam atau adakah PTD boleh menyediakan khidmat guaman percuma atau dengan kos yang rendah supaya dapat mengurangkan beban kepada rakyat?
Pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) tidak pernah mewajibkan pembeli rumah menggunakan khidmat guaman bagi menguruskan urusan melepas gadaian setelah pembeli melunaskan pinjaman perumahan dengan pihak bank. Walau bagaimanapun, urusan melepas gadaian adalah urusan pihak pemegang gadaian (bank). Pembeli disarankan berbincang dengan pihak pemegang gadaian sekiranya tidak mahu menggunakan perkhidmatan guaman. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak guaman adalah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Solicitor’s Remuneration Order 2023.