Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
48) RANCANGAN TEMPATAN (RT)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini Rancangan Tempatan (RT) MPAJ 2035.
Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2035 (Penggantian) telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPNS) pada 2 Mac 2023 dan kini di peringkat penyediaan draf akhir RT sebelum diwartakan.
-
Kenapa Rancangan Tempatan MPAJ belum di wartakan?
RT MPAJ 2035 (Penggantian) sedang dalam fasa pengemaskinian memandangkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima lebih kurang 2,500 bantahan penduduk semasa proses Publisiti dan Penyertaan Awam. Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) dijangka akan diwartakan pada Disember 2023.