Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

42) MASALAH PREMIS YANG DIJALANKAN OLEH WARGA ASING

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat September 2023, berapakah jumlah premis perniagaan warga asing yang diambil tindakan di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing sebagai manifestasi Kerajaan Negeri yang begitu komited dalam membanteras perniagaan yang dijalankan oleh warga asing. Sepanjang tahun 2023, jumlah tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap perniagaan warga asing adalah seperti berikut:

    PBT

    JUMLAH TINDAKAN YANG DIAMBIL KE ATAS PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING

    SITAAN

    KOMPAUN

    PREMIS

    MBSA

    335

    MBPJ

    66

    MBSJ

    10

    MPKJ
    MPS

    660

    MPK

    305

    MPAJ

    457

    MPSP

    Tiada

    Tiada

    Tiada

    MPKL

    4

    MPKS

    12

    MPHS

    7

    MDSB

    Tiada

    Tiada

    Tiada

  2. Apakah plan tindakan bagi mengatasi masalah ini?

    Bagi menangani masalah warga asing melibatkan perniagaan dan pelesenan, tindakan secara bersepadu dan komprehensif perlu dilaksanakan oleh setiap agensi yang berkepentingan bersama Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai contoh, bagi kes-kes perniagaan kedai runcit, tindakan secara bersepadu antara agensi seperti Jabatan Imigresen adalah dilaksanakan bagi menentukan kesahan permit dan visa perjalanan ke atas pekerja warga asing ini. Tindakan bersepadu ini dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan agar usaha menangani masalah ini dapat diatasi secara kolektif dengan bidang kuasa agensi berkaitan.

     

    Selain itu, selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 iaitu Garis Panduan Dasar Aktiviti Penjaja Dan Peniaga Kecil Di Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada 19 Jun 2020, tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap peniaga warga asing adalah seperti berikut:

    1. Mengadakan sekatan berupa larangan kepada bukan warganegara Malaysia memohon dan memiliki lesen penjaja, pasar malam dan pasar pagi;
    2. Melarang bukan warganegara Malaysia membantu atau bekerja atau berada bersama-sama penjaja di lokasi perniagaan;
    3. Menetapkan hanya warganegara asing yang memiliki visa pekerjaan yang khusus dengan aktiviti perniagaan sahaja yang boleh diambil bekerja di premis perniagaan dan tred;
    4. Menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah peniaga yang digaji terdiri daripada warganegara Malaysia;
    5. Memasukkan syarat dalam lesen perniagaan yang mana pihak pemilik perlu mengemukakan pas pekerja yang sah;
    6. Mengeluarkan notis tunjuk sebab tidak berniaga sendiri;
    7. Mengeluarkan notis tunjuk sebab tidak berniaga langsung;
    8. Membatalkan lesen penjaja dan menyenarai hitam nama peniaga dari memohon apa-apa jenis perniagaan kerana melanggar syarat-syarat lesen penjaja bagi aktiviti perniagaan yang melibatkan kawasan komersial atau industri di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 2007, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 dan mana-mana UUK berkaitan di bawah Perkara 4(4)(c) – Apa-apa syarat atau sekatan yang dinyatakan di dalamnya; dan
    9. Melaksanakan siasatan terperinci bagi membuktikan bahawa warga asing merupakan pemilik kepada perniagaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.