Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
38) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan kini berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?
Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam sedang dalam peringkat akhir rekabentuk dan perancangan. Setakat 31 Oktober 2023 sebanyak 4 siri perbincangan bersama MBSA telah diadakan untuk persediaan permohonan Kebenaran Merancang (KM).
-
Adakah Stadium Melawati terlibat dalam pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam?
Stadium Malawati akan digantikan dengan Teater Tertutup berkapasiti 8,000 – 10,000 tempat duduk.
-
Apakah kelebihan KSSA berbanding dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil?
Kelebihan KSSA berbanding dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil adalah seperti berikut:
- Stadium serbaguna tertutup (multi purpose covered stadium) dengan padang mudahalih bagi tujuan penyelenggaraan rumput.
- Lebih kurang 60% adalah kawasan awam yang hijau berbanding 10% minima keperluan pihak berkuasa tempatan
- Ruang komersial yang banyak.
- Kemudahan untuk belia seperti ruang kreatif (“makers space”), ruang kerja bersama (“co-working space”), teater seni persembahan, studio rakaman, studio kreatif, arena e-sports, hab digital, hab edu-agro dan pusat kesihatan mental.
- Terminal bas bersepadu
- Hotel