Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

33) LOT TANAH TERBIAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan bagi lot persendirian terbiar yang menyebabkan masalah semak samun dan masalah kebersihan bagi jiran?

    1. Bagi lot persendirian yang terbiar, pihak PBT tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki tanah tersebut dan membuat kerja-kerja pembersihan. Bagi kes-kes seperti ini pihak PBT perlu mengenalpasti terlebih dahulu pemilik tanah / premis melalui carian di PDT atau melalui sistem di PBT sendiri. Notis Amaran di bawah Seksyen 74 atau Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikeluarkan dan pemilik tanah / premis diberi tempoh maksimum 14 hari untuk membersikan tanah / premis. Pemilik tanah / premis juga boleh dikompaun di bawah Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tindakan pembersihan hanya boleh dilaksanakan setelah notis tamat dan kos pembersihan akan dicaj ke dalam bil cukai taksiran pemilik tanah / premis tersebut.
  2. Adakah kerajaan merancang untuk menambahbaik akta yang sedia ada untuk memastikan pemilik tanah menjaga kebersihan tanah sendiri?

    Kerajaan Negeri berpendapat akta sedia ada masih relevan digunakan untuk memastikan kebersihan kawasan senggaraan PBT. Namun begitu, kesedaran penduduk adalah penting untuk menjaga tanah milik masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.