Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

30) BANJIR DI SG. LANGAT DAN SEKITAR KAWASAN JALAN REKO, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Didapati bahawa keadaan sungai di kawasan tersebut telah cetek. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melakukan cuci gali bagi mendalamkan kawasan sungai tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM3,874,545.00 pada tahun 2023 untuk melaksanakan sejumlah 28 kerja-kerja cuci gali dan kerja-kerja pembaikan serta pengukuhan tebing sungai di DUN Kajang. Kerja cuci gali dilaksanakan secara berkala sebanyak tiga (3) kali setahun. Antara kerja-kerja cuci gali dan kerja-kerja pembaikan serta pengukuhan tebing sungai yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  2. Adakah Kerajaan Negeri menetapkan jadual berkala untuk cuci gali bagi mendalamkan kawasan sungai Langat ini yang mana merupakan lokasi hot spot banjir di kawasan DUN Kajang?

    Ya. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menetapkan jadual berkala untuk cuci gali bagi mendalamkan kawasan Sungai Langat ini yang mana Sungai Langat merupakan lokasi hotspot banjir di kawasan DUN Kajang. Kerja-kerja cuci gali yang dilaksanakan adalah sama seperti jawapan a) di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.