Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

27) PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, sebanyak 20 Juta peruntukan diperuntukkan untuk Pembangunan Pelancongan. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memohon peruntukan Pembangunan Pelancongan tersebut?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Peruntukan Pembangunan Pelancongan sebanyak 20 juta yang dibentangkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 tersebut adalah peruntukan kewangan yang diperuntukan untuk maksud perbelanjaan penyelenggaraan dan memulihara lokasi tarikan pelancongan yang mana disebut secara khusus seperti produk pelancongan Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

    Walaubagaimanapun pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diseluruh Negeri Selangor akan bekerjasama bersama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Selangor (MOTAC Selangor) dalam mengenalpasti lokasi-lokasi tarikan pelancong yang sesuai bagi dipanjangkan permohonan untuk mendapatkan peruntukan tersebut.

    Selain itu bagi peruntukan bajet 2024 daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia, kerajaan negeri melalui Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan akan memohon peruntukan Pembangunan Pelancongan bagi tujuan kempen ‘Tahun Melawat Selangor 2025’ dan juga pembangunan infrastruktur kawasan-kawasan pelancongan yang dikenalpasti memerlukan pembaikpulihan seperti jalanraya , tandas awam dan papantanda arah tempat-tempat pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.