Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

25) PROJEK-PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek yang terbengkalai di Kajang sehingga hari ini.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2023 sebanyak 19 projek dan 4,781 unit projek – projek terbengkalai telah direkodkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Berikut merupakan senarai projek terbengkalai di kawasan MPKj :-

  2. Apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan isu tersebut?

    Tindakan / Kaedah  yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam menyelesaikan isu projek terbengkalai adalah seperti berikut :-

     

    • Kaedah yang digunakan MPKj dengan mengadakan Mesyuarat Khas membincangkan projek terbengkalai sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
    • Selain itu juga terdapat projek yang difokuskan secara berperingkat dan mengikut keutamaan yang mempunyai pelikuidasi projek.
    • Pihak MPKj juga memantau secara berkala kemajuan pelaksanaan projek-projek baru dan sedang dalam pembinaan bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga Sijil PerakuanSiap dan Pematuhan (CCC) dan Borang F diperolehi atau melalui pemantauan aduan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.