Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

23) KEPUTUSAN PRU-15 YANG MEMBIMBANGKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memenangi hati rakyat Selangor agar terus menyokong kerajaan sedia ada?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kita sedia maklum bahawa peningkatan harga barangan asas adalah salah satu penyebab meningkatnya kos sara hidup rakyat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang atau menyebabkan kenaikan harga barang seperti berikut:

    1. Situasi perubahan harga yang mula dihadapi dalam negara adalah susulan daripada berlakunya kenaikan harga bahan mentah makanan secara global, kesan ini turut dirasai di dalam negara kita Malaysia, yang mana dapat dilihat berlaku pergerakan harga yang agresif (menunjukkan kenaikan) terhadap barangan dalam kumpulan makanan khususnya.
    2. Dalam masa sama, faktor-faktor lain yang turut yang menyumbang kepada pergerakan harga yang agresif seperti:
    • Perubahan cuaca dan bencana dalam Negara;
    • Perubahan cuaca dan bencana di Negara pengeluar contohnya China yang menganggu harga sayuran diimport;
    • Kadar/nilai matawang Negara dengan Negara pengeksport;
    • Peningkatan harga bahan import seperti makanan ayam (soya dan jagung);
    • Peningkatan kos pengeluaran dan logistik;
    • Kekurangan tenaga kerja termasuk buruh asing yang menyebabkan berlaku gangguan dalam pengeluaran hasil ladang dan tani; dan
    • Peningkatan harga komoditi di pasaran global (sawit); dan kadar inflasi.

    Inisiatif prihatin rakyat yang dilaksanakan di Selangor melalui Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) menghasilkan impak positif dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat mendapatkan barangan asas pada harga hingga 30 peratus lebih rendah dari pasaran. Inisiatif ini akan terus dinilai keperluan pelaksanaannya dari semasa ke semasa demi melindungi komuniti pengguna dalam cabaran ini.

    Dalam usaha menstabilkan kenaikan harga barang keperluan harian, Kerajaan Negeri bekerjasama dan menyokong kempen-kempen seperti Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dilaksanakan sebanyak enam (6) kali setahun dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu pada tempoh tertentu seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2022.

    Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga baru-baru ini telah mengumumkan harga maksimum runcit minyak masak kelapa sawit tulen berkuatkuasa sehingga 7 April 2023. Ini merupakan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga di samping menjamin bekalan keperluan asas mencukupi untuk rakyat Negeri Selangor.

  2. Apakah cadangan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan beban kos sara hidup raykat terutama golongan miskin bandar?

Lampiran

Tiada Lampiran.