Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
15) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju sekiranya program mammogram ini diselaraskan oleh suka di peringkat DUN?
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat berhubung kesihatan wanita, termasuk bagi menjalani saringan mammogram bagi mengenal pasti dengan lebih awal kanser payu dara. Justeru, pengenalan program Program Selangor Kanser yang turut merangkumi saringan mammogram secara percuma merupakan inisiatif yang tepat pada masanya. Buat masa ini, program Selangor Kanser dilaksanakan oleh Selgate Healthcare Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat termasuk anggota SUKA. Kerajaan Negeri sentiasa melibatkan SUKA dalam pelbagai program kesihatan bagi memastikan objektif program sampai kepada rakyat.
-
Berapakah jumlah permohonan mammogram bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN?
Jumlah peserta Mammogram bagi tahun 2018 sehingga 2023 adalah seperti berikut :