Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

14) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program Iltizam Selangor penyayang bagi semua kawasan DUN di Negeri Selangor bermula 2018 sehingga kini?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat Pelabuhan Klang, pelaksanaan program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah bermula pada tahun 2022. Sebanyak 46 program ISP telah disenaraikan sebagai program kebajikan dan bantuan yang telah memberikan manfaat kepada rakyat di Selangor meliputi semua lapisan masyarakat dan umur. Sebagai makluman ahli Yang Berhormat juga, terdapat Program ISP yang tidak dibelanjakan dan ditentukan mengikut kawasan DUN memandangkan program-program berkenaan turut diuruskan oleh agensi jabatan kerajaan atau anak syarikat dan juga Pejabat Daerah Tanah. Meskipun begitu, program ISP tetap diteruskan bagi memastikan penerima adalah menepati golongan sasar dengan bantuan dan khidmat dari Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Pusat Khidmat Masyarakat yang berkaitan.

    Daripada 46 program ISP yang terlibat, sebanyak sembilan (9) program yang direkodkan mempunyai perbelanjaan mengikut pecahan DUN di Selangor iaitu seperti berikut :-

    1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    2. Jom Shopping Perayaan
    3. Roda Darul Ehsan (RIDE)
    4. Iltizam Selangor Sihat
    5. Bantuan Sihat Selangor
    6. Rawatan Tuberculosis
    7. Program Saring Selangor
    8. Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCAN)
    9. Skim Hijrah Selangor

    Data perbelanjaan yang direkodkan mengikut DUN bagi program ISP yang disenaraikan di atas adalah seperti di Lampiran A.