Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

12) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan penyewa yang menggunakan Skim Smart Sewa bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan rekod di Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd bilangan penyewa yang menggunakan Skim Smart Sewa bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN adalah seperti berikut:

     

    BIL

    DUN

    BIL JUMLAH PENYEWA (2018 – OKTOBER 2023)

    1. BATANG KALI

    5

    2. BATU TIGA

    53

    3. HULU LANGAT

    26

    4. KAJANG

    68

    5. KOTA ANGGERIK

    152

    6. KOTA RAJA

    10

    7. PAYA JARAS

    15

    8. PELABUHAN KLANG

    200

    9. SELAYANG

    17

    10. SEMENYIH

    13

    11. SERI KEMBANGAN

    49

    12. SERI SERDANG

    254

    JUMLAH KESELURUHAN

    862

  2. Berapakah bilangan bekas penyewa Skim SmartSewa yang telah berjaya membeli rumah?

    Berdasarkan rekod Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. bilangan bekas penyewa Skim Smart Sewa yang telah berjaya membeli rumah sendiri adalah sebanyak 82 orang penyewa iaitu kira-kira 41% daripada 202 orang penyewa yang telah menamatkan penyewaan atas sebab memiliki rumah sendiri.

  3. Berapakah bilangan penyewa yang mempunyai tunggakkan bayaran sewaan?

    Rekod di Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. menunjukkan bahawa kutipan program Skim Smart Sewa sangat memberansangkan, iaitu 99% sewaan tersebut dapat dikutip. Rekod terkumpul sehingga September 2023 mendapati hanya seramai 45 orang penyewa yang mempunyai tunggakan sebanyak RM23,470.00, iaitu 1% daripada jumlah kutipan keseluruhan yang berjaya dikutip berjumlah RM3,939,840.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.