Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

10) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam penggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan?

    Soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali.

    Pembangunan bandar adalah punca utama pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang menyumbang masalah perubahan iklim global. Didorong dengan peningkatan jumlah penduduk, keadaan ini bertambah buruk melainkan langkah berkesan diambil untuk melaksanakan pembangunan hijau dan lestari. Berdasarkan kepada Fokus Kelapan (8) Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, telah ditetapkan sasaran untuk mempertingkatkan kemampanan tenaga, mentransformasikan sektor air dan mengekalkan liputan kawasan hijau dengan mengambil kira prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam proses membuat keputusan.

    Justeru, sebagai langkah persediaan, Kerajaan Negeri telah menggariskan Negeri Rendah Karbon sebagai agenda utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2025. Dengan adanya RS-1, Kerajaan Negeri mempunyai fokus dan komited untuk mengambil langkah yang perlu bagi menangani fenomena ini serta mengurangkan pelepasan karbon selaras dengan matlamat UN’s Sustainable Development Goals (SDG) ke-11 iaitu Sustainable Cities and Communities. Sejajar dengan matlamat dan komitmen tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut dalam usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya hijau:

    • Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau komited dalam membantu organisasi dan institusi melalui pemberian Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau untuk mengakses pembiayaan bagi projek-projek inovatif, projek berkaitan konservasi alam sekitar seperti aktiviti pemuliharaan sumber air dan tenaga, pengurusan sisa atau penanaman semula tumbuh-tumbuhan serta penghasilan tenaga melalui kaedah semulajadi. Ini bertujuan bagi memupuk dan menerapkan rasa tanggungjawab masyarakat dalam memelihara alam sekitar;

    • Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management sememangnya mempunyai perancangan yang besar untuk memperkasakan inisiatif kitar semula (3R). KDEB Waste Management sehingga kini mempunyai 3 pusat kitar semula berskala besar di Jalan Korporat, Meru, Klang, Bukit Puchong, Subang dan Bukit Changgang, Kuala Langat yang mampu mengendalikan kira-kira 20 tan bahan kitar semula sehari. Ketiga-tiga pusat kitar semula ini menerima hampir semua jenis bahan kitar semula termasuk sisa elektronik
      (E-Waste). KDEB Waste juga merancang untuk membina sekurang-kurangnya satu (1) pusat kitar semula di setiap kawasan PBT di negeri Selangor dalam tempoh tiga (3) ke lima (5) tahun akan datang;

    • Melaksanakan kempen dan hebahan secara berterusan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran Masyarakat mengenai kepentingan mengaplikasikan sumber tenaga boleh diperbaharui;

    • menambah baik dan membangunkan dasar serta mekanisme kawal selia yang akan memudahcara penyertaan sektor swasta dalam memacu peralihan tenaga, termasuk mempermudahkan proses kemasukan teknologi atau inovasi tenaga yang baharu dalam melahirkan modal insan yang berinovatif;

    • meneroka industri solar sebagai alternatif sumber tenaga baharu dengan sokongan pelbagai program dan tawaran insentif yang menarik bagi menggalakkan penjimatan tenaga; dan

    • menggalakkan pelaburan hijau yang lebih besar, termasuk perancangan jangka panjang dalam sektor pertumbuhan hijau yang berpotensi tinggi bagi membuka peluang pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menggalakkan rakyat dalam penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang teknologi hijau ini seperti penyediaan bon hijau dan pinjaman hijau?

    Aspek teknologi hijau mendasari tumpuan Kerajaan Negeri bagi memaknai sebuah negeri termaju bagi Negeri Selangor. Dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan Negeri Selangor terus kekal menjadi destinasi pelaburan utama di Malaysia. Kerajaan Negeri mengalu-alukan dasar strategik dan pengenalan insentif cukai seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2024 yang semestinya memupuk kestabilan ekonomi dan perniagaan untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) serta memecutkan peralihan ke arah ekonomi lestari berasaskan pengetahuan, selaras dengan New Industry Masterplan (NIMP) 2030. Dalam konteks pelaburan, secara keseluruhannya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkan pelaburan teknologi hijau di Malaysia dicatatkan sebanyak RM1.3 bilion antara Januari dan Jun 2023, mewakili pertumbuhan sebanyak 21.9% tahun ke tahun. Ianya merangkumi pelbagai inisiatif teknologi hijau termasuk tenaga boleh diperbaharui (RE), pengurusan sisa, bangunan dan perkhidmatan hijau. Dengan unjuran di atas dan prestasi pelaburan negara, Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor telah menggariskan dua (2) pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan dalam sektor teknologi hijau adalah seperti berikut:

    • Penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Worldwide Holdings Berhad dalam projek-projek berkaitan teknologi hijau dan tenaga boleh baharu (renewable energy). Dengan adanya penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri, ini akan meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk membuat pelaburan dalam projek berkaitan di Negeri Selangor;

    • Penyediaan prasarana perindustrian yang menekankan elemen Environmental, Social and Governance (ESG) yang mementingkan kelestarian taman perindustrian yang mampan akan mendorong pemain-pemain industri yang berkonsepkan teknologi hijau untuk bertapak di kawasan tersebut. Ianya dilaksanakan menerusi pembinaan Taman Perindustrian berkonsepkan “Managed Industrial Park (MIP)”.

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama MIDA dan Invest Selangor akan terus komited merealisasikan visi yang digariskan dalam Kerangka Kerja Madani sebagai sebuah negara yang progresif, makmur dan mampan.

Lampiran

Tiada Lampiran.