Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

8) PROGRAM CERIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan lagi manfaat di bawah Program Ceria?

    Skim Ceria adalah program bantuan baik pulih harta bersama khusus untuk pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah di negeri Selangor. Skim ini meliputi baik pulih kerosakan-kerosakan seperti bumbung, tangki air, lif dan kemudahan-kemudahan bersama lain yang sepatutnya dibaiki menggunakan akaun penyelenggaraan sesebuah badan pengurusan JMB / MC. Oleh demikian, perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan lagi manfaat di bawah Program Ceria perlu mengambilkira peranan sesebuah badan pengurusan untuk mengurus dan menyelenggara pangsapuri agar mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan bangunan mereka diselenggara dengan baik. Program-program pendidikan dan kesedaran berkaitan penyelenggaraan pangsapuri adalah tumpuan utama pada masa ini memandangkan peruntukan Skim Ceria memberi fokus kepada baik pulih harta bersama yang melibatkan kerosakan yang membahayakan keselamatan penghuni seperti bumbung dan

  2. Berapakah peruntukan yang telah diperuntukkan bagi Program Ceria bagi Dun Bukit Lanjan antara tahun 2018 hingga 2023 dan senaraikan secara terprinci mengikut tahun, lokasi , butiran kerja, amount dan tempoh pelaksaaan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, perincian peruntukan dan perbelanjaan projek Skim Ceria bagi Dun Bukit Lanjan pada Tahun 2018 sehingga 2023 adalah seperti berikut :

     

    BIL. TAHUN

    JENIS BANTUAN

    KAWASAN

    JUMLAH KESELURUHAN  PERUNTUKAN CERIA

    (RM)

    JUMLAH PERBELANJAAN

    (RM)

    1. 2018 Migrasi Meter Air Aman Satu Apartment

    13,000,000.00

    354,121.00

    2. 2019

    10,000,000.00

    3. 2020  

    10,000,000.00

    4. 2021 Mengecat Flat Sri Mahogani

    5,000,000.00

    140,402.00

    5. 2022

    5,000,000.00

    6. 2023

    7,000,000.00

    JUMLAH KESELURUHAN

    494,523.00

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penyaluran bantuan kecemasan bagi membaikpulih lif dan sebagainya kepada pihak flat kos rendah semasa dalam situasi kecemasan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mencadangkan untuk menubuhkan satu tabung bencana dengan tidak melibatkan peruntukan semasa Skim Ceria bagi program bantuan khas yang melibatkan kes-kes bencana alam atau kecemasan melibatkan kerosakan fizikal bangunan pangsapuri kos rendah dan sederhana

Lampiran

Tiada Lampiran.