Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

6) PERUMAHAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu projek sakit akitbat pemaju yang memgalami bankrupcy?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang mengkaji agar projek perumahan Terbengkalai atau Bermasalah yang belum mempunyai pemaju penyelamat ini dapat dilaksanakan kajian awalan atau kemungkinan (feasibility study) samada oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri atau pemaju penyelamat swasta melalui kaedah pengurusan perkongsian maklumat di peringkat LPHS, Pejabat Tanah Daerah mahupun di PBT.  Kerajaan Negeri juga telah mengambil tindakan ke atas pemaju bermasalah dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT.  Sekiranya dikenalpasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain.

  2. Apakah usaha dan perancangan kerajaan negeri dalam bantuan pemberimilikan hakmilik tanah kepada pembeli?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal / Mesyuarat Penyelarasan Projek Terbengkalai secara berkala bersama agensi-agensi yang berkepentingan bagi meneliti permasalahan serta mengkaji pelan cadangan penyelesaian yang komprehensif dan menyeluruh khususnya bagi Projek Pembesaran Kampung seperti penyelesaian hakmilik serta berunding dengan pembeli berhubung tawaran penyelesaian samada meneruskan projek dengan kos tambahan (top up) ATAU menyerahkan unit mereka kepada pemaju penyelamat dengan diberikan pampasan (refund) ATAU pemindahan Pembeli terlibat ke Kawasan lain ATAU lain-lain yang dipersetujui.

  3. Apakah usaha kerajaan negeri dalam pemantauan prestasi pemaju?

    Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai di Pihak Berkuasa Tempatan (JKPPT PBT) yang berperanan bagi membincangkan dan mendapatkan memantau pemulihan projek terbengkalai yang dilaksanakan pemaju di peringkat PBT. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting sebagai pemudah cara bagi menyelesaikan sebarang isu berkaitan pemulihan projek terbengkalai seperti pindaan pelan pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.