Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
5) ISU TAPAK PERKHEMAHAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif dan dasar pelaksanaan Kerajaan Negeri bagi mengenalpasti dan mengiktiraf sesebuah operator tapak perkhemahan adalah secara sah dan diberi lesen perniagaan?
Susulan daripada kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang melibatkan tapak perkhemahan pada 16 Disember 2022, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membincangkan dan membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tapak Perkhemahan Di Negeri Selangor. Inisiatif pembangunan garis panduan ini telah dimulakan sejak bulan Januari 2023, dan dibincangkan di pelbagai peringkat bagi memastikan garis panduan tersebut akan dapat diguna pakai di seluruh Negeri Selangor.
Pada bulan Januari 2023 juga, sesi townhall telah diadakan melibatkan kehadiran daripada pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan. Input daripada semua yang terlibat tersebut diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama jabatan/ agensi teknikal Negeri Selangor dari semasa ke semasa, serta turut mengambil kira status penyediaan draf garis panduan yang sama yang dibangunkan oleh PLANMalaysia Putrajaya. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri telah mendapatkan maklumat awal pendaftaran pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan untuk pertimbangan lanjut dalam cadangan pemberian lesen perniagaan, yang turut sedang diperhalusi. Setakat ini, pendaftaran pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan adalah 107 bilangan pendaftaran.
Seterusnya, bagi membantu pelaksanaan tindakan di Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan tapak perkhemahan ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 17/2023 yang diadakan pada 22 Jun 2023 dan disahkan oleh MMKN Ke 17/2023 bertarikh 22 Jun 2023 bersetuju agar Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Mailis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor mengguna pakai dahulu draf garis panduan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Namun, perbincangan lanjut bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan tersebut memohon supaya draf garis panduan tersebut diperhalusi dan ditambah baik di peringkat Kerajaan Negeri untuk dipakai setelah diluluskan di peringkat Kerajaan Negeri, berbanding kelulusan berbeza yang peru diuluskan di Mesyuarat Penuh Majlis masing-masing.
-
Sejauhmanakah kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan setiap PBT yang mengawal selia kebenaran tapak perkhemahan?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya yang mempunyai bilangan tapak perkhemahan yang tinggi seperti kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor sentiasa membantu pengusaha-pengusaha untuk mendapatkan panduan mengenai aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan yang boleh dilesenkan. Ini termasuklah dari segi kebenaran tapak perkhemahan untuk beroperasi dengan pematuhan kepada syarat-syarat minimum yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti kategori tanah, komponen dan aktiviti yang berada di tapak perkhemahan tersebut. Tindakan ini adalah mash dilaksanakan dalam peruntukan perundangan sedia ada tanpa menjejaskan sebarang perkara yang diperhalusi dalam draf garis panduan yang sedang dalam tindakan Kerajaan Negeri.
-
Apakah kriteria tapak perkhemahan yang sah dan selamat dan senarai lokasi tapak perkhemahan yang sedia ada di Negeri Selangor.
Antara kriteria tapak perkhemahan yang sah dan selamat adalah berada pada jarak sekurang-kurangnya 20 meter dari tebing air namun tertakluk kepada pertimbangan jabatan/ agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran. Kedudukan ini adalah bagi mengelakkan risiko bencana kepala air, kenaikan paras air sungai dan tikas air pasang. Selain daripada itu, kedudukan daripada kawasan bercerun dengan jarak yang akan dipertimbangkan oleh jabatan/ agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Mineral dan Geosains juga adalah merupakan kriteria yang perlu dipatuhi.
Berdasarkan kepada pendaftaran yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan Negeri Selangor, senarai lokasi tapak perkhemahan sebanyak 107 buah tapak adalah seperti di Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
BIL NAMA PREMIS/ TAPAK PERKHEMAHAN KAWASAN PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1 The Puding House Perkhemahan dan Caravan Majlis Daerah Sabak Bernam 2 Orang Orang Art Camp Majlis Daerah Sabak Bernam 3 Village River Hill Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4 Celi Chalet and ATV Services Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5 Kemensah Valley Campground Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6 Kem Isi Rimba Majlis Perbandaran Ampang Jaya 7 Dangau Jungle Herb Sauna Majlis Perbandaran Ampang Jaya 8 Chalet Rimba Jinbara Majlis Perbandaran Ampang Jaya 9 Nagara Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 10 Bernam Nature Hut Majlis Perbandaran Hulu Selangor 11 Bamboo Hill@ Ulu Yam Majlis Perbandaran Hulu Selangor 12 Teratak Kasih Rosliana Enterprise Majlis Perbandaran Hulu Selangor 13 Hulu Tamu Eco Resort Majlis Perbandaran Hulu Selangor 14 Summer Summer Farm Majlis Perbandaran Hulu Selangor 15 Wadi Sungai Inki Majlis Perbandaran Hulu Selangor 16 Sojuk Riverside Majlis Perbandaran Hulu Selangor 17 Tokba Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 18 Gold Stone Resources Majlis Perbandaran Hulu Selangor 19 Captain’s Bamboo Farm & Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 20 Rening Valley Majlis Perbandaran Hulu Selangor 21 Kebun Reepak Majlis Perbandaran Hulu Selangor 22 Kerling Happy Farm Home Majlis Perbandaran Hulu Selangor 23 Eko Desa Oana Majlis Perbandaran Hulu Selangor 24 Rasa Hill Lodge Sdn. Bhd. Majlis Perbandaran Hulu Selangor 25 Dusun Apak Kawww (Santai Nur Enterprise) Majlis Perbandaran Hulu Selangor 26 Pelangi Hill Resort Majlis Perbandaran Hulu Selangor 27 Teratak Tok Alang Majlis Perbandaran Hulu Selangor 28 Zen Forest Majlis Perbandaran Hulu Selangor 29 Lot 2085 Ulu Rening Majlis Perbandaran Hulu Selangor 30 Kem Rekreasi Sungai Gading Majlis Perbandaran Hulu Selangor 31 Kamar Aishah Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 32 Adren X Park Majlis Perbandaran Hulu Selangor 33 Dusun Ayah Heritage Majlis Perbandaran Hulu Selangor 34 Abah Legacy Sendat Camp Majlis Perbandaran Hulu Selangor 35 Tiada Nama – Hanya Dusun/ Kebun Sahaja Majlis Perbandaran Hulu Selangor 36 MM Garden Majlis Perbandaran Hulu Selangor 37 2k Hotspring Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 38 Warisan Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 39 KKB Wind Valley Farm Majlis Perbandaran Hulu Selangor 40 Campsite Buluh Majlis Perbandaran Hulu Selangor 41 Dbuana Waterfall Wild Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 42 Pak Uda Dtamu Ventures Majlis Perbandaran Hulu Selangor 43 Kem The Woods Yayasan Selangor Majlis Perbandaran Hulu Selangor 44 Kerling Resort Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 45 Camp Knowwhere 2.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 46 Gan’ Orchad Majlis Perbandaran Hulu Selangor 47 Campsite Kebun Tok Majlis Perbandaran Hulu Selangor 48 Laman Anjong Charandong Majlis Perbandaran Hulu Selangor 49 Ana Man Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 50 Pasir Putih Resort Training Centre Majlis Perbandaran Hulu Selangor 51 Tekuntani Sdn Bhd Majlis Perbandaran Hulu Selangor 52 Dusun Tok Mat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 53 Hentian Tamu Enterprise Majlis Perbandaran Hulu Selangor 54 Ulu Rening Cottage & Farm Majlis Perbandaran Hulu Selangor 55 River Garden Majlis Perbandaran Hulu Selangor 56 Bungle In The Jungle Majlis Perbandaran Hulu Selangor 57 Zamri bin Muain Majlis Perbandaran Hulu Selangor 58 A.S.B Sungai Sendat Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 59 Tapak Perkhemahan Lot 1162 MK Ulu Kalong Majlis Perbandaran Hulu Selangor 60 Rock Eco Resort Majlis Perbandaran Hulu Selangor 61 C. Jari Manis Majlis Perbandaran Hulu Selangor 62 Charming KKB Camp Majlis Perbandaran Hulu Selangor 63 Dusun Paknan Majlis Perbandaran Hulu Selangor 64 Rening Valley Majlis Perbandaran Hulu Selangor 65 Campsite Lubuk Pulau Tengah Majlis Perbandaran Hulu Selangor 66 Owl D’rening Majlis Perbandaran Hulu Selangor 67 Eagle Drening Majlis Perbandaran Hulu Selangor 68 Glamping Pinang Sebatang Majlis Perbandaran Hulu Selangor 69 Wildcampsite Pak Mus Majlis Perbandaran Hulu Selangor 70 Ayah Alis Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 71 Dusoon U Wan Den Majlis Perbandaran Hulu Selangor 72 Sangka Dua, Pertak Majlis Perbandaran Hulu Selangor 73 Batu Hampar Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 74 Ayah Lehe Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 75 Mat Rafter Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 76 MPHS Rimbayu Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 77 Rumah Lama Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 78 Ayah Wawa Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 79 Lata Jerbus Campsite Majlis Perbandaran Hulu Selangor 80 Air Liut Pertak Majlis Perbandaran Hulu Selangor 81 Ksevenmuni Enterprise Majlis Perbandaran Kajang 82 Tan Kock Sin Majlis Perbandaran Kajang 83 D Sungai Lui Campsite Majlis Perbandaran Kajang 84 Deruan Rimba Campsite Majlis Perbandaran Kajang 85 Cottage Daddy Majlis Perbandaran Kajang 86 Willow Tree Valley Ventures Majlis Perbandaran Kajang 87 Rumahkebun Camping Ground Majlis Perbandaran Kajang 88 Teratak Tokmat Majlis Perbandaran Kajang 89 Santai D’Leweng Majlis Perbandaran Kajang 90 Eco Garden Haji Zahdi & Hajah Saripah Majlis Perbandaran Kajang 91 Rimba Bikerz Campsite Majlis Perbandaran Kajang 92 Alpine Camp Majlis Perbandaran Kajang 93 D’Tepian Sungai Campsite Majlis Perbandaran Kajang 94 Nur Lembah Pangsun Sdn Bhd Majlis Perbandaran Kajang 95 Kem Santai-Santai Sungai Gabai Majlis Perbandaran Kajang 96 Freezy68 Majlis Perbandaran Selayang 97 Gibs Ecotourism Resort Majlis Perbandaran Selayang 98 Gibs Ecotourism Resort Majlis Perbandaran Selayang 99 Alang Manja Resort Majlis Perbandaran Selayang 100 Teras Dimensi Majlis Perbandaran Selayang 101 Sedayu Green Ventures Majlis Perbandaran Selayang 102 Hutlista 2 Majlis Perbandaran Selayang 103 Taman Eko Rimba Komanwel Majlis Perbandaran Selayang 104 River & Glamp Majlis Perbandaran Selayang 105 Nur Laman Bestari Eco Resort Majlis Perbandaran Selayang 106 River and Glamp Sdn. Bhd. Majlis Perbandaran Selayang 107 Kem Dr. Shafie Salleh Majlis Perbandaran Selayang