Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

2) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan pembangunan infrastruktur selaras dengan pembangunan perumahan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setiap perancangan pembangunan perumahan perlu mematuhi syarat-syarat teknikal yang telah ditetapkan di dalam semua kelulusan pelan-pelan pembangunan termasuklah Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan serta Pelan Infrastruktur sesuatu projek itu. Setiap perancangan pembangunan infrastruktur sesuatu projek ini mestilah berdasarkan dan selari dengan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan serta Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Dokumen ini merupakan dokumen asas ke arah perancangan pengangkutan awam yang mencukupi, kebolehsampaian, ketepatan masa, user friendly, selamat, strategi dan komprehensif.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pengurusan masalah trafik di bawah usaha pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam seperti isu kesesakan jalan di sekitar kawasan Damansara Damai?

    Jalan berhampiran adalah Jalan Persekutuan FT54 di mana jalan tersebut telah dinaiktaraf daripada 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala dan telah siap sepenuhnya pada 5 Julai 2021.

  3. Berapakah peruntukan yang disalurkan bagi kegunaan infrastruktur dan kemudahan awam di Dun Bukit Lanjan antara tahun 2022-2023 dan senaraikan secara terperinci dengan maklumat agensi pelaksanaan, tempoh pelaksanaan, amaun peruntukan dan status pelaksanaan.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian terhadap penyelenggaraan serta baik pulih infrastruktur dan kemudahan awam sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Bermula tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu inisiatif yang berteraskan pembangunan fizikal dan telah dilaksanakan di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dinamakan Projek Selangor Penyayang (PSP). Bagi DUN Bukit Lanjan, pada tahun 2022, sebanyak RM140 ribu diperuntukkan bagi pelaksanaan PSP yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDT Petaling) dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDT Gombak).

    Manakala pada tahun 2023 pula Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM487,889.85 untuk DUN Bukit Lanjan bagi pelaksaan PSP yang telah dilaksanakan oleh PDT Petaling dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Senarai projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

     

    PSP Tahun 2022

    Bil Tajuk Projek Agensi Pelaksana Amaun (RM)
    1 CADANGAN MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SURAU MUTIARA DAMANSARA, JALAN PJU 7/16B, MUTIARA DAMANSARA. PDT PETALING 50,000.00
    2 CADANGAN MEMBAIKPULIH DAN MENYELENGGARA BALAIRAYA MPKK KAMPUNG DESA AMAN, JALAN D/A 1, KAMPUNG DESA  

     

     

    PDT GOMBAK

    30,000.00
    3 CADANGAN KERJA-KERJA PENURAPAN DATARAN DAN JALAN DI SEKITAR KAWASAN MASJID AT-TAIYYIBIN, TAMAN BIDARA, SELAYANG 30,000.00
    4 CADANGAN MEMBAIKPULIH GELANGGANG BOLA KERAJANG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN D/A 1, KAMPUNG DESA AMAN 30,000.00
    JUMLAH 140,000.00

     

     

     

     

     

     

     

    PSP Tahun 2023

    Bil Tajuk Projek Agensi Pelaksana Amaun (RM)
    1 MEMBINA SEBUAH GELANGGANG FUTSAL DI RUMAH PANGSA SRI CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA  

     

     

    PDT PETALING

    49,516.20
    2 MELUASKAN RUANG BILIK PENGURUSAN JENAZAH DAN MENGGANTI PERALATAN MEJA MANDIKAN JENAZAH SURAU AL MUHAJIRIN, BANDAR SRI DAMANSARA 24,990.00
    3 KERJA-KERJA MEMASANG PA SISTEM DAN PEMBESAR SUARA DI SURAU ASY-SYAKIRIN, DAMANSARA DAMAI 24,990.00
    4 CADANGAN MENURAP TAPAK PARKIR DAN MEMBAIKPULIH KEBUK SAMPAH DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI HADAPAN PASAR PAGI TAMAN DAYA, JALAN DAYA UTAMA, TAMAN DAYA.  

     

     

     

     

    MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    39,990.00
    5 CADANGAN MEMBEKAL DAN MEMASANG PERMAIDANI SOLAT BAHARU DI SURAU AT-TAQWA, JALAN 11, TAMAN USAHA JAYA. 49,990.00
    6 CADANGAN KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN DI APARTMENT AMAN DUA, JALAN AMAN, DESA AMAN PURI 49,980.00
    7 CADANGAN KERJA-KERJA PENURAPAN PREMIX DI KAWASAN PASAR HARIAN SELAYANG JAYA 34,908.25

     

     

     

     

    Bil Tajuk Projek

     

    Agensi Pelaksana Amaun (RM)
    8 CADANGAN MEMBEKAL DAN MEMASANG ALAT SENAMAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAWASAN LAPANG IVORY APARTMENT, TAMAN INDAH PERDANA  

     

     

     

     

     

     

    MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    29,600.00
    9 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH GELANGGANG BOLA KERANJANG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN WANGSA 1/2, WANGSA PERMAI. 49,124.50
    10 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KAWASAN LAPANG DI JALAN PERDANA 11, TAMAN INDAH PERDANA. 29,400.00
    11 CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KAWASAN LAPANG DI JALAN WANGSA 2/6, WANGSA PERMAI 26,467.90
    12 CADANGAN MEMBEKAL DAN MEMASANG ALAT SENAMAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAWASAN LAPANG JALAN E5/8, TAMAN EHSAN 29,700.00
    13 CADANGAN MEMBINA SEBUAH GELANGGANG BOLA KERANJANG DI KAWASAN LAPANG JALAN 31, DESA JAYA. 49,233.00
    JUMLAH 487,889.85

Lampiran

Tiada Lampiran.