Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

393) MENAIK TARAF JALAN KEBUN DAN KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur jalan di kawasan kampung-kampung tradisi di Batang Kali?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah sentiasa mengambil cakna keperluan pembaikan/ penaik tarafan infrastruktur jalan di kawasan kampung-kampung tradisi di Batang Kali melalui penyenaraian cadangan permohonan-permohonan serta aduan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk Pengerusi MPKK yang dirasakan menepati garis panduan dan kriteria peruntukan sedia ada di peringkat Kerajaan Negeri. Sebagai makluman, mulai 1 Januari 2023 hingga 31 Oktober 2023, sebanyak 12 projek baik pulih/ naik taraf jalan berjumlah RM660,972.13 telah diluluskan di kawasan kampung tradisi DUN Batang Kali di bawah peruntukan seperti MARRIS, Penyelaras DUN, dan Projek Selangor Penyayang (PSP).

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu membina infrastruktur jalan masuk ke kebun pekebun-pekebun kecil di Selangor?

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta lain-lain jabatan mengikut bidang kuasa dan kawasan seliaan masing-masing sentiasa mempertimbang cadangan serta permohonan daripada pihak-pihak berkepentingan dalam penyediaan infrastruktur jalan termasuk jalan-jalan kebun sekiranya menepati garis panduan mana-mana peruntukan sedia ada pada ketika ini dengan syarat  pembinaan tersebut memberi manfaat kepada majoriti penduduk/ pekebun yang berada di sesuatu kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.