Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

387) INFRASTRUKTUR LAMPU DAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri meneliti tempat-tempat yang sesuai untuk meletakkan lampu solar (tiang merah kuning)?

    Cadangan lokasi pemasangan tiang merah kuning adalah dari Adun/ wakil di Dun tersebut. Taklimat kriteria pemilihan lokasi telah dilaksanakan kepada semua Adun/ wakil oleh JKR dan Adun/ wakil perlu mengemukakan sekurang-kurangnya 15 cadangan lokasi mengikut kriteria tersebut untuk disemak dan disahkan oleh JKR Selangor sebelum pemasangan dilaksana.

  2. Adakah lampu solar tersebut boleh di mohon oleh penduduk setempat?

    Ya, penduduk boleh memohon kepada Pejabat Adun.

  3. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri berkaitan jalan-jalan di DUN Sungai Panjang yang berubah status selepas dibaik pulih.

    Jalan yang telah dibuat penyelenggaraan atau baik pulih tidak akan berubah status jalan tersebut. Sebagai contoh, jalan berstatus jalan negeri dibawah penyelenggaraan konsesi KSSB akan terus kekal sebagai jalan negeri selepas proses penyelenggaraan dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.