Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
384) PERSIARAN SHOREA, SAUJANA UTAMA DAN ELMINA, SUNGAI BULOH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Persiaran Shorea telah diserahkan kepada pihak PBT (MPKS dan MBSA)?
MPKS
Kemudahan infrastruktur jalan di Persiaran Shorea adalah di bawah kawasan pemajuan pembangunan oleh pihak Sime Darby dan had bidang kuasa penyelenggaraan jalan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
MBSA
Untuk makluman, persiaran Shorea masih di bawah seliaan pihak Pemaju dan belum diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.
-
Mengapa kualiti jalan raya di Persiaran Shorea tidak memuaskan?
Persiaran Shorea masih di bawah seliaan pihak Pemaju dan pihak perunding.
-
Apakah tindakan pihak PBT dalam mengatasi isu penyelenggaraan jalan dan lampu di kawasan tersebut?
Pihak Majlis hanya mengeluarkan teguran agar pihak pemaju menyelenggara struktur jalan dan lampu jalan di kawasan tersebut.