Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
378) PEMERKASAAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah berkaitan PBT dalam meningkatkan keupayaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dari aspek ekonomi?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaksanakan pelbagai strategi bagi meningkatkan keupayaan majlis daripada aspek ekonomi. Antara aspek utama ialah tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan perniagaan yang melibatkan usahawan/penjaja. Pada tahun 2023 sebanyak 18 projek bernilai RM2,575,000.00 telah diperuntukan bagi meningkatkan infrastruktur penjaja untuk menjalankan perniagaan dengan selesa. Berikut ialah senarai dan projek berkenaan seperti di Jadual 1.
Jika dilihat daripada aspek ekonomi, program inisiatif pembangunan perniagaan ini akan menyumbang kepada peningkatan hasil bukan cukai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui kutipan sewa dan lesen perniagaan yang diluluskan.