Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

371) PEMBANGUNAN PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah harga jualan purata bagi setiap unit rumah yang dibangunkan oleh PKNS berdasarkan hasil (revenue) dalam penyata kewangan PKNS pada tahun 2021 dan 2022 dan berapakah jumlah unit rumah yang dijual pada harga di bawah RM250 ribu?

    Harga jualan purata bagi setiap unit rumah yang dibangunkan oleh PKNS berdasarkan hasil (Revenue) di dalam penyata kewangan PKNS bagi tahun 2021 dan 2022 adalah pada harga purata RM500 ribu seunit.

     

    Seterusnya, jumlah unit rumah yang dijual pada harga di bawah RM250 ribu adalah berjumlah 374 unit bagi tahun 2021 dan 174 unit bagi tahun 2022 yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 548 unit.

Lampiran

Tiada Lampiran.