Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

370) SELANGOR MARITIME GATEWAY (SMG)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jangkaan unit perumahan yang akan dihasilkan melalui usaha program SMG?

    Kerajaan menjangkakan sebanyak 2,400 unit perumahan akan dihasilkan melalui program SMG.

  2. Berapakah jangkaan kapasiti air hujan yang boleh ditampung melalui pendalaman sungai?

    Berdasarkan rekabentuk Hidraulik & Hidrologi, kapasiti Sungai Klang akan dipertingkatkan sebanyak 40% bagi menampung taburan hujan sehingga 200ARI.

  3. Berapakah jangkaan hasil yang diperoleh dari pembangunan perumahan melalui cukai?

    Jangkaan hasil yang bakal di perolehi Kerajaan Negeri melalui projek pembangunan perumahan di atas dianggarkan sejumlah RM110,493,557.00 ringgit melalui bayaran premium tanah dan cukai-cukai lain manakala dianggarkan sebanyak RM1,700,000.00 ringgit pulangan cukai taksiran tahunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.