Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
366) KOMPLEKS SUKAN DAN STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembangunan Kompleks Sukan dan Stadium Shah Alam?
Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam sedang dalam peringkat akhir rekabentuk dan perancangan. Setakat 31 Oktober 2023 sebanyak 4 siri perbicangan bersama MBSA telah diadakan untuk persedian permohonan Kebenaran Merancang (KM).
-
Apakah pertimbangan rasional bagi menjustifikasikan perobohan struktur stadium yang masih kukuh?
Stadium yang sedia ada tidak boleh berfungsi sepenuhnya akibat dari kejadian banjir-banjir yang lepas. Kelengkapan-kelengkapan mekanikal & elektrikal, peralatan-peralatan dan bilik-bilik yang ditenggelami air tidak lagi berfungsi. Oleh yang demikian, disebabkan segala kos pembaikan, kos pengalihan bilik-bilik utiliti serta kos pengalihan peralatan yang tinggi, adalah lebih wajar stadium baharu yang lebih efisien dibina.