Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
364) MASALAH KELEWATAN PERKHIDMATAN BAS AWAM MENYUKARKAN PELAJAR SEKOLAH (5 PETANG – 7 PETANG)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ramai pelajar sekolah yang terkandas sehingga sekitar 9 malam akibat kelewatan bas awam menimbulkan kerisauan ibu bapa. Apakah solusi yang boleh dikemukakan oleh pihak berwajib?
Buat pada kini perkhidmatan bas awam terdiri adalah daripada perkhidmatan bas awam berbayar dan perkhidmatan bas percuma (Bas Smart Selangor). Berhubung perkara pelajar terkandas akibat kelewatan bas pihak Majlis tidak mempunyai maklumat terhadap perkara tersebut. Pada masa kini masih tiada kaedah pelaksanaan untuk mengatasi masalah kelewatan bas awam yang menyebabkan pelajar terkandas. Perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah perkhidmatan bas percuma dan memerlukan kos yang tinggi untuk perlaksanaanya. Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Syarikat Badan Bas Sdn Bhd dan Asian Mobiliti telah memperkenalkan perkhidmatan bas coaster yang lebih kecik yang dipanggil Demand Responsive Transit (DRT) yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kelewatan bas awam dengan bantuan subsidi daripada Kerajaan Negeri dengan sedikit cas bayaran kepada penumpang.
-
Mohon diadakan kemudahan Bas Smart Selangor bagi pengangkutan pelajar sekolah di dalam DUN Dusun Tua.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah bas percuma untuk semua orang awam termasuk warga asing dan bukan khusus untuk pelajar sahaja. Pihak Majlis pernah menjalankan kajian laluan daripada stesen MRT Suntex Batu 9, Cheras ke Ampang dan mendapati laluan tersebut dijangka tidak mempunyai jumlah penumpang yang banyak berbanding dengan kos perlaksanaan yang dikeluarkan. Pihak MPKj mungkin akan mencadangkan kesesuaian perkhidmatan DRT di Hulu Langat bagi menggantikan perkhidmatan bas awam untuk pelajar.