Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

361) GANTI RUGI KEROSAKAN INFRASTRUKTUR/PERABOT JALAN MILIK JKR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tuntutan ganti rugi yang telah dituntut oleh pihak JKR terhadap pihak ketiga yang merosakkan infrastruktur/ perabot jalan disebabkan oleh kemalangan jalanraya?

    Bagi status Jalan Negeri, JKR Selangor masih belum pernah membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak ketiga yang merosakkan infrastruktur/ perabot jalan disebabkan oleh kemalangan jalanraya.

    Bagi status Jalan Persekutuan, pihak JKR Daerah akan menghantar tuntutan ganti rugi kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan seterusnya diuruskan oleh pihak Kementerian Kerja Raya.

    JKR Daerah Klang telah membuat tuntutan gantirugi kepada syarikat lori yang membawa muatan kertas yang terbakar di atas jejambat Sungai Aur, FT180 Jalan Pelabuhan Utara – Barat. Tuntutan yang dibuat pada tahun 2017 adalah berjumlah RM 89,860.49 bagi gantirugi kerosakan pavemen, parapet dan railing jambatan. Tuntutan gantirugi ini telah dibuat melalui Pejabat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya.

  2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak JKR dalam usaha untuk menuntut ganti rugi tersebut?

    Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak JKR dalam usaha untuk menuntut ganti rugi tersebut adalah tidak menerima maklumat kemalangan. Kebiasaannya kenderaan yang terlibat kemalangan telah dialihkan dan pihak JKR tidak dapat mencari pemunya kenderaan khususnya bagi kemalangan yang tidak di laporkan. Selain itu, pihak JKR tidak mempunyai fasiliti yang cukup seperti kamera litar tertutup (CCTV) disepanjang jalan JKR yang boleh membuktikan pihak ketiga dapat dikenalpasti. Seterusnya, tiada kerjasama dari pihak polis/ peronda penguatkuasa/ Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) untuk mengenalpasti maklumat pihak ketiga yang menyebabkan kemalangan dan kerosakkan keatas infrastruktur/ perabot jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.