Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

353) BANTUAN PERNIAGAAN KHAS KEPADA WANITA, IBU TUNGGAL DAN OKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan inisiatif bantuan khas perniagaan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan wanita.

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menyediakan bantuan kepada mereka. Kerajaan Negeri menerusi Pusat Wanita Berdaya(PWB) di setiap DUN, melaksanakan pelbagai usaha memberdaya wanita termasuklah  golongan ibu tunggal. PWB menyediakan 2 modul iaitu pembangunan kapasiti dan kemahiran yang dapat membantu penerima manfaat menjana pendapatan seperti program masakan, pembuatan kraftangan, jejak usahawan, keterampilan diri wanita dan lain-lain program.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keusahawan dan Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan bagi memastikan golongan sasar termasuk ibu tunggal agar mampu menjana ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Di antara tindakan Kerajaan Negeri melalui pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan adalah seperti Program Bantuan ‘BluePrint’ Pembasmian Kemiskinan, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dan sebagainya.

  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk merangka program atau skim khas bagi membantu ibu tunggal dan orang kurang upaya dari sudut perniagaan?

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menyediakan bantuan kepada mereka. Kerajaan Negeri menerusi Pusat Wanita Berdaya(PWB) di setiap DUN, melaksanakan pelbagai usaha memberdaya wanita termasuklah  golongan ibu tunggal. PWB menyediakan 2 modul iaitu pembangunan kapasiti dan kemahiran yang dapat membantu penerima manfaat menjana pendapatan seperti program masakan, pembuatan kraftangan, jejak usahawan, keterampilan diri wanita dan lain-lain program.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keusahawan dan Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan bagi memastikan golongan sasar termasuk ibu tunggal agar mampu menjana ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Di antara tindakan Kerajaan Negeri melalui pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan adalah seperti Program Bantuan ‘BluePrint’ Pembasmian Kemiskinan, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.