Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

345) PEMASANGAN PANEL SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status Kerajaan Negeri dalam pemasangan panel solar di bangunan kerajaan.

    Kerajaan Negeri sedang dalam pelaksanaan bagi pemasangan panel solar di bangunan-bangunan milik kerajaan iaitu  di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan 9 buah bangunan di setiap Pejabat Daerah/Tanah (PDT) di Negeri Selangor. Lokasi pemasangan panel ini termasuk di kawasan parkir dan dewan milik Kerajaan Negeri.

     

    Status pemasangan solar di bangunan Pejabat SUK Negeri Selangor dan 9 PDT seperti berikut:

    Sebagai langkah Kerajaan Negeri untuk menggalakkan dan memperluaskan pemasangan panel solar ini di bangunan-bangunan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri, melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2021 yang diadakan pada 16 Jun 2021 bersetuju agar semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri mempergiatkan usaha pemasangan bumbung solar dengan kadar segera. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan projek pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri selaras dengan seruan Dasar Kerajaan Persekutuan melalui Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 berhubung tenaga boleh diperbaharui.

     

    Antara bangunan/premis yang disyorkan adalah:

     

    • Bangunan Utama Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri;
    • Bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Dewan, Stadium dan Gerai Majlis;
    • Surau dan Masjid;
    • Sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor; dan
    • Kawasan Parkir Kenderaan di bawah kelolaan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.

     

    Justeru, projek pemasangan panel solar ini telah mula dilaksanakan di beberapa PBT termasuk perancangan pada masa akan datang seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.