Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
341) PENJUALAN MINUMAN KERAS TANPA BERLESEN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah serius penjualan minuman keras di premis tidak berlesen?
Bagi tujuan mengukur tahap keseriusan penjualan minuman keras di premis tidak berlesen di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor buat masa ini belum pernah menjalankan kajian terhadap perkara ini dan impaknya kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, gambaran keseriusan berkaitan perkara ini boleh diukur melalui statistik jumlah premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah. Statistik bilangan premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah dalam tempoh 2018 sehingga Oktober 2023 adalah seperti berikut:
Penjualan minuman keras di premis tidak berlesen kebiasaannya tertumpu di lokasi penempatan dan kediaman warga asing. Premis-premis seperti ini hanya menjual minuman keras tersebut kepada warga asing yang tertentu dan tidak terbuka secara meluas. Tindakan penguatkuasaan oleh PBT seperti kompaun dan notis berhenti niaga boleh dikenakan ke atas kedai yang menjual arak tanpa lesen.
-
Nyatakan statistik bilangan premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah dalam tempoh 2018 sehingga kini.
Bagi tujuan mengukur tahap keseriusan penjualan minuman keras di premis tidak berlesen di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor buat masa ini belum pernah menjalankan kajian terhadap perkara ini dan impaknya kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, gambaran keseriusan berkaitan perkara ini boleh diukur melalui statistik jumlah premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah. Statistik bilangan premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah dalam tempoh 2018 sehingga Oktober 2023 adalah seperti berikut:
Penjualan minuman keras di premis tidak berlesen kebiasaannya tertumpu di lokasi penempatan dan kediaman warga asing. Premis-premis seperti ini hanya menjual minuman keras tersebut kepada warga asing yang tertentu dan tidak terbuka secara meluas. Tindakan penguatkuasaan oleh PBT seperti kompaun dan notis berhenti niaga boleh dikenakan ke atas kedai yang menjual arak tanpa lesen.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi isu diatas?
Yang Berhormat sekalian, kuasa melulus lesen/ permit khas penjualan arak adalah di bawah bidang kuasa pihak Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah sebagaimana yang terkandung dalam Akta Eksais 1976 (Akta 176). Oleh yang demikian, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) serta Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengadakan operasi bersepadu secara berkala untuk membanteras premis tanpa lesen. Pihak Kastam akan membuat rampasan dan kompaun terhadap peniaga yang tidak mengikut syarat perniagaan berdasarkan Akta 17 Pihak Berkuasa Tempatan juga akan bertindak untuk menyita premis serta merampas barangan dan produk peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat perniagaan.
Selain itu pemantauan terhadap premis perniagaan minuman keras yang telah dilesenkan juga dijalankan secara berkala bagi tujuan memastikan penjual mengikut syarat-syarat perniagaan sepanjang waktu perniagaan.