Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
339) KEADAAN BANJIR DI KAWASAN BUKIT DUKUNG, KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di Bukit Dukung?
Untuk makluman, banjir kilat yang berlaku di Bukit Dukung adalah disebabkan oleh kapasiti longkang dalaman tidak dapat menampung taburan hujan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa kerja mitigasi di sekitar kawasan tersebut dengan kos sebanyak RM84,230.00. Antara kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
-
Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek MRT telah ditubuhkan di peringkat PBT sejak tahun 2013. Adakah jawatankuasa ini berkesan? Kerana banjir masih lagi berlaku selepas pembinaan MRT tersebut.
Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek MRT (Task Force) ditubuhkan sebagai pemudahcara untuk mempercepatkan proses kelulusan dimana task force telah membuat keputusan pihak MRT perlu menaiktaraf longkang di Jalan Cheras bagi menampung aliran air daripada taman perumahan secara terus menyambung ke “culvert” di bawah selenggaraan pihak Grand Saga dan kerja-kerja menaik taraf tersebut sedang dilaksanakan di tapak.