Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
336) AGENSI PENERANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah agensi penerangan milik kerajaan yang telah diwujudkan setakat ini?
Antara agensi penerangan yang merupakan agensi kerajaan ialah Jabatan Penerangan Selangor yang merupakan agensi penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital. Selain itu, Jabatan Penyiaran Selangor dan stesen radio Selangor FM juga merupakan agensi penerangan milik kerajaan yang dikelola oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sementara itu, Media Selangor Sdn Bhd merupakan media rasmi milik Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah pihak kerajaan pernah menjalankan survey/ kajian capaian penerangan yang dilaksanakan?
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Media Selangor telah melaksanakan kajian berkenaan capaian program-program penerangan pada tahun 2018. Menerusi kajian tersebut yang dilaksanakan Institut Darul Ehsan, 53 peratus rakyat Negeri Selangor mendapat informasi dan penerangan berkenaan dasar Kerajaan Negeri melalui berita Media Selangor. Satu kajian susulan sedang dilaksanakan bagi mengkaji tahap pengetahuan rakyat Negeri Selangor berkenaan informasi dan maklumat terkini.
-
Apakah usaha meningkatkan capaian penerangan agar semua rakyat mengetahui inisiatif yang kerajaan laksanakan?
Kerajaan Negeri giat melaksanakan program-program jelajah bagi memastikan informasi berkenaan Iltizam Selangor Penyayang sampai ke pada rakyat. Selain itu,Kerajaan Negeri menerusi agensi-agensi media kerajaan sedang meneroka peluang bagi menyebarkan maklumat sahih berkenaan program dan informasi bermanfaat kepada rakyat melalui pelbagai platform media sosial, media massa, media digital dan media konvensional.