Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

334) INFRASTRUKTUR JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat projek yang telah dilaksanakan bawah program Mega Turapan.

    Pelaksanaan Projek Turapan Mega Selangor 2023 adalah hasil dari inisiatif Kerajaan Negeri untuk membaikpulih jalan-jalan yang telah dikenalpasti kerosakan. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 50 Juta melalui projek ini. Sebanyak 114 Arahan Kerja (AK) telah dikeluarkan kepada pihak Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi projek ini.

    Perincian pembahagian peruntukan 50 Juta adalah seperti berikut:

    i-) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  –  RM 27,000,000.00 / 40 Kerja

    ii-) Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) –  RM 7,000,000.00 / 46 Kerja

    iii-) Jabatan Kerja Raya (JKR) –  RM 15,000,000.00 / 23 Kerja

    iv-) Jabatan Pengairan Dan Saliran –  RM 500,000.00 / 5 Kerja

    Sehingga kini, pelaksaan projek ini telah mencapai 97% pelaksanaan.

  2. Adakah pemasangan lampu solar negeri akan diteruskan?

    Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh Dun Negeri Selangor telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 & 2023 melibatkan kesemua 56 Dun.

    Sebanyak 790 batang tiang lampu berwarna merah kuning lengkap dengan 120W lampu solar led dipasang di bawah program ini dengan jumlah kos muktamad sebanyak RM 5,976,875.00. Purata pemasangan lengkap bagi sebatang tiang lampu ini adalah sebanyak RM 7,565.00.

    Kesinambungan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Seluruh Dun Negeri Selangor akan diteliti dan diperhalusi pelaksanaanya bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.