Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

333) PEKERJA ASING

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkenaan untuk menangani masalah pekerja-pekerja asing yang sedang menghuni bangunan-bangunan pangsapuri di Bandar Sultan Sulaiman yang banyak membawa masalah sosial di kawasan tersebut?

    Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa peka terhadap aduan yang diterima berhubung aduan kehadiran pekerja asing di Negeri Selangor khususnya di DUN Selat Klang. Beberapa kertas siasatan telah dibuka di kawasan berkenaan dan tindakan penguatkuasaan akan dibuat dalam masa terdekat.

    Sehubungan dengan itu, orang awam adalah diseru dan dinasihatkan untuk menyalurkan sebaran maklumat atau aduan mengenai kehadiran warga asing dan PATI di kawasan masing-masing kepada JIM Negeri Selangor melalui talian 03-5650 0079 (Unit Aduan/ Seranta) dan http://imi.spab.gov.my Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Lampiran

Tiada Lampiran.