Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

330) MASALAH PENEROKAAN TANAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu penerokaan dan penjualan tanah berstatus pertanian kepada bangunan, bagaimakah cara Kerajaan Negeri mengawalnya?

    Bagi isu penerokaan tanah, PTGS akan merujuk kepada Seksyen 425, Kanun Tanah Negara,

    • mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah
    1. Menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; atau
    2. Membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami, mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau
    3. Memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian,

    adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    Manakala bagi isu penjualan tanah berstatus pertanian kepada bangunan, merujuk kepada Arahan PTGS Bil 2/2012, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memastikan setiap permohonan adalah daripada pemohon sendiri iaitu Penjual/ Pemilik Tanah berkenaan perlulah mengemukakan alasan yang kukuh dan disertakan dokumen yang berkaitan seperti :-

    1. Iklan penjualan hartanah dalam surat khabar/media lain sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dengan kenyataan jualan kepada bumiputera sahaja ;
    2. Akuan bersumpah (jika tanah diperolehi secara kurnia) yang menyatakan alasan kebenaran diperlukan dan juga maklumat pemilikan tanah lain dengan salinan hakmilik atau perjanjian jual beli hartanah tersebut dikemukakan ;
    3. Surat pengesahan doktor hospital Kerajaan atau Hospital Swasta dengan pengesahan oleh Hospital Kerajaan (jika alasan penjualan hartanah atas sebab kesihatan)
    4. Penyata Bank bagi menjelaskan hutang kad kredit atau pinjaman daripada institusi kewangan ( jika alas an penjualan hartanah atas sebab kewangan);
    5. Surat terima tawaran daripada Institusi Pengajian Luar Negara dan resit pembayaran kos pengajian (jika alasan penjualan tanah kerana membiayai kos pelajaran anak-anak)
    6. Surat pengesahan pihak Berkuasa (jika mengalami musibah seperti kebakaran dan banjir)
    7. Akuan bersumpah daripada pemilik tanah bersama yang lain (jika ada pemilikan bersama dan mendapat persetujuan daripada pemilik tanah bersama) ; dan
    8. Perintah turun milik daripada Mahkamah atau Pentadbir Tanah berkenaan (jika atas kapasiti pentadbir tanah pusaka atau pemegang kuasa)

     

    Walaubagaimanapun, sekiranya tanah ini diperolehi secara pemberimilikan, disyorkan tolak selaras dengan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2012 pada 16 Mei 2012 yang telah disahkan pada 19/2012 bertarikh 23 Mei 2012.

  2. Memohon Kerajaan Negeri mengenakan syarat ketat dalam meluluskan permohonan membina kawasan perumahan baru terutamanya kawasan kampung. Kesan terhadap alam seperti banjir lumpur kerap berlaku.

    Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.