Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

329) PEMBANGUNAN POCKET DEVELOPMENT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme kawalan dan pemantauan terhadap Pocket Development di kawasan pinggir bandar?

    Pocket development didefinisikan sebagai pembangunan yang dijalankan dalam kawasan yang kecil. Isu pocket development telah menjadi isu utama bagi penduduk di kawasan bandar. Hal ini kerana pocket development mengundang pelbagai masalah terutama alam sekitar, umpamanya kejadian banjir kilat apabila hujan lebat berlaku. Penyumbang kepada kejadian banjir kilat ini antaranya disebabkan oleh peningkatan kawasan tepu bina yang mengurangkan kadar susupan air ketika hujan lebat berlaku.

    Setiap permohonan bagi tujuan pembangunan adalah tertakluk kepada beberapa perundangan sedia ada seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang merupakan asas kepada pentadbiran pengawalan pembangunan tanah. Kebenaran Merancang bagi permohonan yang dikategorikan sebagai Pocket Development di kawasan pinggir bandar adalah dikawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai kesediaan dari segi infrastruktur dan saliran tertakluk kepada kelas kegunaan tanah Rancangan Tempatan yang telah diwartakan.

    Oleh yang demikian, mekanisme pengawalan permohonan pembangunan termasuk pocket development adalah perlu mematuhi syarat – syarat yang digariskan dalam Kebenaran Merancang iaitu perlu mendapat ulasan dan syor daripada jabatan dan agensi teknikal seperti JPS, JKR, IWK dan lain-lain bagi memastikan tapak pembangunan dibangunkan mengikut kehendak dan spesifikasi jabatan dan agensi berkenaan sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Apakah syarat-syarat kelulusan pembangunan bersifat Pocket Development di pinggir bandar?

  3. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan pembangunan bersifat Pocket Development tidak menyebabkan masalah banjir kilat?

    Peningkatan kegiatan pembangunan yang pesat di sesuatu kawasan pinggir bandar menyebabkan berlakunya kejadian banjir yang berpunca oleh ketidakupayaan alur sungai sesebuah saliran untuk menampung kapasiti air yang berterusan pada satu-satu masa. Setiap pembangunan Pocket Development yang diluluskan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) bagi mereka bentuk sistem saliran. Selain itu, setiap pemaju adalah dikehendaki untuk mematuhi aras tapak pembangunan yang selamat atau lebih tinggi dari aras sungai terdekat dan membina dengan sempurna sistem perparitan bagi mengelakkan banjir.

    Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor juga telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan impak banjir seperti penambahbaikan kepada sistem saliran seperti mendalamkan sungai, penyelenggaraan sistem perparitan, menaik taraf sistem saliran dan mengawal aktiviti manusia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sistem saliran di kawasan bandar. Selain itu, pembangunan pesat perlu seimbang agar persekitaran alam sekitar sentiasa terpelihara. Pembuangan sampah sarap dan bahan buangan industri ke dalam sungai merupakan salah satu faktor berlakunya kejadian banjir kilat. Sikap rakyat yang suka membuang sampah menjadi faktor gangguan terhadap kelancaran sistem saliran sehingga mengakibatkan banjir kilat.

    Oleh yang demikian, setiap Pihak Berkuasa Tempatan telah mempergiat aktiviti kesedaran kepada masyarakat seperti mengadakan kempen sayangi alam sekitar untuk menjelaskan bahawa aktiviti tersebut perlu dihentikan bagi menangani kejadian banjir kilat.

Lampiran

Tiada Lampiran.