Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

328) HOSPITAL KERAJAAN DI PETALING JAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengusahakan satu hospital awam untuk Bandar Petaling Jaya, terutamanya kawasan selatan Petaling Jaya yang jauh daripada Hospital Sungai Buloh?

    Sepertimana sedia maklum, pembangunan di daerah Petaling adalah sangat pesat dan keperluan tapak bagi pembinaan hospital di Daerah Petaling adalah perlu dan seringkali dibangkitkan dalam sidang Parlimen serta DUN Negeri Selangor. Namun begitu, terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah/tapak yang sesuai di Daerah Petaling, disebabkan oleh nilaian tanah yang tinggi menyebabkan kaedah pengambilan tanah atau pemberimilikan tanah adalah sukar.

     

    Buat masa ini, Hospital Shah Alam dengan kapasiti 490 katil merupakan satu-satunya hospital awam di Daerah Petaling. Namun begitu, penyampaian perkhidmatan kesihatan di Daerah Petaling turut diberikan oleh dua puluh sembilan (29) buah hospital swasta. Dengan keberadaan fasiliti-fasiliti tersebut di negeri Selangor khususnya di Daerah Petaling dapat memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.